ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 209. Maklumat keterangan atau pengakuan palsu.

Sesiapa yang dengan sengaja secara lisan atau bertulis memberi maklumat, keterangan atau pengakuan palsu mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah peruntukan-peruntukan Kanun ini adalah bersalah atas satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.