ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 9. Perlantikan sementara.

(1) Jika sekiranya atas sebab ketiadaan sementara ataupun atas sebab keuzuran mana-mana ahli Majlis, Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Menteri Besar, boleh melantik seseorang yang difikirkan layak bagi menggantikannya untuk sementara waktu.

(2) Perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat 7 hari selepas ahli sebenar memberi notis bertulis kepada Pengerusi tentang keupayaannya untuk kembali bertugas.

(3) Satu salinan notis di bawah subseksyen (2) hendaklah diserahkan juga kepada ahli sementara.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.