ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 63. Anggapan mengenai dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.

Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana mahkamah sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau peringatan mengenai keterangan atau mengenai sebahagian keterangan yang telah diberi oleh seorang saksi di dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan seorang pegawai yang diberikuasa oleh undang-undang bagi mengambil keterangan itu atau yang berupa sebagai suatu iqrar oleh seseorang banduan atau seseorang yang dituduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang Hakim Mahkamah Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Seksyen atau Majistret atau oleh seseorang pegawai sebagaimana yang tersebut di atas, maka mahkamah hendaklah menganggap-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.