ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
BILA PENDAPAT ORANG KETIGA RELEVAN



Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan relevan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang orang yang telah menulis atau menandatangani mana-mana dokumen, maka pendapat mana-mana orang yang biasa dengan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa ia telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu fakta relevan.

Huraian - Seseorang adalah dikatakan biasa dengan tulisan tangan orang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila ia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu dalam dokumen yang telah ditulis sama ada olehnya sendiri atau dengan kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila dalam perjalanan urusan biasa, dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu, lazimnya dikemukakan kepadanya.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.