ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXI - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 224. Jaminan untuk kos.

Seorang plaintif yang berada di luar Malaysia atau jika ia seorang perempuan bersuami tidak boleh dikenakan kos sepertimana beliau seorang feme sole, boleh diperintah memberi cagaran bagi kos, dan jika ia gagal memberi cagaran itu tindakannya boleh dibuang. Seksyen ini dipakai juga kepada seorang penuntut balas. Apabila cagaran bagi kos diperintah, ianya boleh diberi kepada pihak satu lagi ataupun kepada Mahkamah mengikut pilihan orang yang memberi jaminan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.