ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 17. Kuasa merampas senjata yang merbahaya.

Penyelia Agama ataupun orang-orang lain yang menjalankan sebarang penangkapan di bawah Enakmen ini bolehlah mengambil daripada orang yang ditangkap itu sebarang senjata yang merbahaya yang ada padanya dan hendaklah menyerahkan semua senjata yang diambilnya itu kepada pihak polis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.