ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 110. Memberi atau menyerah anak.


(1) Seseorang yang didapati memberi atau menyerahkan anaknya kepada seseorang yang bukan berugama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Pemberian atau penyerahan yang sedemikian itu adalah tak sah dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya anak itu diserahkan kepada jagaan mana-mana orang atau pihak yang ditentukan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.