ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 2 - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 74. Pemeriksaan pengadu.

(1) Apabila seseorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan apabila diadukan, dia hendaklah dengan serta-merta memeriksa pengadu itu yang bersumpah mengikut Borang 6 Jadual, dan isi pemeriksaan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan hendakIah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Hakim itu.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi aduan mengenai sesuatu kesalahan, jika sarnan dipohon dalam sesuatu kes saman yang dibuat oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.