ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 58. Kuasa menghendaki kehadiran saksi.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Negeri Sarawak yang daripada maklumat yang diberi atau dengan jalan lain yang ternyata mengetahui akan keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah dengan yang demikian hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki demikian itu Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seseorang Hakim dan kemudianya Hakim itu boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan sesuatu waran tangkap untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.