ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XX - PERLAKSANAAN



Seksyen 150. Memasuki premis.

(1) Bailif tidak boleh memecah masuk ke dalam mana-mana premis tertutup pada malam hari, kecuali pada siang hari ia boleh melakukannya pada bila-bila masa.

(2) Bailif tidak boleh memaksa masuk dalam mana-mana rumah atau bangunan kediaman kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

(3) Apabila memecah buka mana-mana pintu atau kontena bailif tidak boleh menggunakan kekerasan yang lebih kuat setakat yang munasabah dan perlu, dan hendaklah mengambil langkahan yang munasabah untuk keselamatan apa-apa barang yang telah terdedah kepada risiko dan hendaklah, jika boleh memberitahu tuanpunya atau penghuni akan tujuannya memecah buka pintu atau kontena tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.