ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XVIII - PERBICARAAN



Seksyen 123. Dokumen.

(1) Dokumen yang dibawa masuk sebagai keterangan hendaklah ditanda dan, melainkan Mahkamah memerintah sebaliknya, dokumen itu atau salinannya, hendaklah disimpan dalam Mahkamah selagi perbicaraan itu belum selesai dan sehingga tempoh untuk rayuan telah luput.

(2) Dokumen yang dikemukakan sebagai keterangan tetapi telah ditolak, hendaklah juga ditanda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.