ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH



Seksyen 64. Bayaran keluar.

Tertakluk kepada Bahagian XVI dan seksyen-seksyen 68 dan 69, di mana bayaran masuk adalah sama dengan amaun yang dituntut atau pihak menuntut memilih menerimanya sebagai penjelasan kepada semua tuntutannya, amaun itu hendaklah dibayar keluar kepadanya, dan ia boleh mendapat hukuman bagi semua kos yang sebenarnya dibelanjakan sebelum menerima notis bayaran masuk itu, dan kos mendapat hukuman bagi kos tersebut melainkan dibayar tanpa perintah. Jika pembayaran itu adalah mengenai sebahagian dari tuntutannya, pihak menuntut boleh meneruskan dengan tindakannya berkenaan dengan bahagian yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.