ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 138. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

(1) Yang di-Pertua Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan acara dalam semua perbicaraan hal-ehwal suami-isteri di bawah Ordinan ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaraan di bawah Ordinan ini hendaklah dikawal oleh amalan dan acara Mahkamah yang ditetapkan oleh Ordinan Mahkamah Syariah, 1991[Ordinan No. 4/1991], setakat mana amalan dan acara itu tidak berlawanan dengan Ordinan ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan acara dalam perbicaraan hal-ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Ordinan ini atau dalam mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Ordinan ini atau dalam Ordinan Mahkamah Syariah, 1991, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Yang di-Pertua Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Ordinan ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.