ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 61. Kuasa merekod kenyataan dan pengakuan salah.

(1) Mana-mana Kadi boleh merekodkan apa-apa kenyataan atau pengakuan salah yang dibuat kepadanya pada bila-bila masa sebelum permulaan penyiasatan atau pembicaraan.

(2) Kenyataan atau pengakuan salah tersebut hendaklah direkodkan sepenuhnya dengan bertulis oleh Kadi yang menerima kenyataan atau pengakuan itu dan hendaklah kemudiannya dihantar kepada Kadi, jika kes itu dibicarakan di hadapan Kadi lain.

(3) Tidaklah boleh seseorang Kadi merekodkan mana-mana kenyataan atau pengakuan salah tersebut melainkan apabila disoal orang yang membuatnya itu Kadi itu ada sebab mempercayai bahawa pengakuan itu telah dibuat dengan sukarela dan apabila dia merekodkan apa-apa pengakuan salah dia hendaklah membuat suatu peringatan di bawah rekod itu yang bermaksud seperti berikut-

(Ditandatangani)
Kadi"

(4) Seseorang Kadi yang mengambil dan merekodkan apa-apa kenyataan atau pengakuan salah tidaklah boleh dilucutkan kelayakannya sebagai seorang yang telah mengambil dan merekodkannya demikian itu daripada membicarakan kes itu.

(5) Tidaklah boleh apa-apa sumpah atau ikrar dikenakan ke atas seseorang yang membuat kenyataan atau pengakuan salah sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.