ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 11. Memeriksa tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap.

(1) Jika mana-mana orang yang menjalankan waran tangkap, atau jika mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang berkuatkuasa menangkap, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang yang hendak ditangkap itu telah masuk ke dalam atau berada di dalam mana-mana tempat, maka orang yang tinggal di dalam atau yang menjaga tempat itu hendaklah, atas permintaan orang yang menjalankan waran itu atau Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis itu, membenarkannya masuk dengan bebas ke dalam tempat itu dan memberikan segala kemudahan yang munasabah untuk pemeriksaan di dalam tempat itu.

(2) Jika tidak dapat masuk kedalam tempat itu menurut peruntukan subseksyen (1), maka adalah sah bagi orang yang bertindak dengan berwaran dalam mana-mana kes pun dan bagi Pegawai Penguatkuasa Agama, atau Pegawai Polis dalam sesuatu kes di mana waran boleh dikeluarkan tetapi tidak didapatinya supaya tidak memberi peluang kepada orang itu melarikan diri, untuk masuk ke dalam tempat itu dan menggeledah tempat itu, dan untuk membolehkannya masuk ke dalam tempat itu ia boleh memecahkan mana-mana pintu luar atau dalam atau tingkap di mana-mana tempat sama ada dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap itu atau oleh orang lain, jika selepas memberitahu kuasa dan tujuannya serta meminta supaya dibenarkan ia masuk, telah tidak dibenarkan masuk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.