ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Pewakilan Kuasa dan Kewajipan Majlis



Seksyen 33. Kerahsiaan.

(1) Perjalanan Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun anggota, pegawai atau pekhidmatnya boleh mendedahkan atau membukakan kepada mana-mana orang, selain Yang di-Pertua Negeri atau Menteri atau mana-mana anggota Majlis, apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah terpakai bagi perjalanan mesyuarat dan perkara-perkara yang telah dikemukakan kepada, dan telah mendapat kelulusan, Yang di-Pertua Negeri.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.