ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK
Seksyen 19. Pemberhentian prosiding.
Dalam perkara berlakunya pernikahan, kematian atau kebankrapan mana-mana pihak-
(a)
jika alasan tindakan luput mengikut Hukum
Syara'
prosiding itu hendaklah terhenti kecuali seperti diperuntukkan dalam perenggan
(c)
seksyen ini;
(b)
jika alasan tindakan berterusan mengikut Hukum
Syara'
prosiding tidak akan menjadi menjadi terhenti atau menjadi cacat;
(c)
dalam hal kematian selepas penamatan pembicaraan tetapi sebelum hukuman diberi atau dimasuki; prosiding tidak akan terhenti dan hukuman boleh diberi dan dimasuki.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.