ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 173. Mencerca Igama.

Barangsiapa dengan secara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau cuba mencerca Igama Islam atau perjalanan mana-mana Mazhab yang sah atau Pegawai Igama atau Guru Igama atau Imam yang bertauliah atau mana-mana Fatwa yang dikeluarkan dengan sah atau di bawah mana-mana peruntukan Enakmen ini adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.