ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 115. Pengemukaan dokumen dan terjemahannya.

(1) Seseorang saksi yang disaman untuk mengemukakan suatu dokumen hendaklah, jika dokumen itu ada dalam milik atau kuasanya, membawa dokumen itu ke mahkamah walaupun mungkin terdapat apa-apa bantahan terhadap pengemukaannya atau kebolehterimaannya. Keesahan sesuatu bantahan itu hendaklah diputuskan oleh mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu berkenaan dengan hal ehwal Negara, atau mengambil keterangan lain untuk membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.

(3) Jika bagi maksud itu adalah perlu menyebabkan sesuatu dokumen diterjemahkan, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan, penterjemahnya supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika penterjemah itu mengengkari arahan itu, dia hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan di bawah undang-undang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.