ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 137. Rayuan yang dibenarkan secara khas dalam kes-kes tertentu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh atas permohonan mana-mana orang yang hendak merayu yang mungkin dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak menurut mana-mana formaliti atau kehendak Kanun ini, membenarkan sesuatu rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan kepada Mahkamah Rendah Syariah dan kepada pihak-pihak yang Hakim itu berpendapat adalah sesuai, supaya keadilan boleh dilakukan dalam perkara itu, dan boleh, bagi maksud itu, melanjutkan apa-apa tempoh masa yang ditetapkan oleh subseksyen (1) atau (4) seksyen 135.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.