ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAB II - PERKAHWINAN



Seksyen 16. Kebenaran nikah.

(1) Jurunikah tidak akan menjalankan mana-mana perkahwinan melainkan setelah menerima permohonan daripada pihak lelaki dan pihak perempuan melalui borang-borang permohonan yang tertentu dan borang-borang itu hendaklah sampai kepada Pendaftar dalam tempoh tujuh hari sebelum perkahwinan itu dijalankan, kecuali perkahwinan itu mustahak dijalankan dengan segera oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan munasabah pada pendapat Pendaftar.

(2) Jurunikah tersebut tidak boleh mengakadnikahkan mana-mana orang yang datang daripada luar kawasan atau daerahnya, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pendaftar daerah di mana orang yang hendak dinikahkan itu lazimnya tinggal.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.