ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 2 - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 74. Pemeriksaan pengadu

(1) Apabila seseorang Hakim mengambil perhatian tentang suatu kesalahan apabila diadukan, dia hendaklah dengan serta-merta memeriksa pengadu itu yang bersumpah mengikut Borang 6 Jadual Kedua, dan isi pemeriksaan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Hakim itu.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi aduan mengenai suatu kesalahan jika saman dipohon dalam suatu kes saman yang dibuat oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.