ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN V
Akaun



Seksyen 66. Perbelanjaan Majlis.

Semua kos, caj dan perbelanjaan mentadbir harta dan aset yang terletakhak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pengkhidmat Majlis dan fee dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau ahli Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sedemikian, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Majlis.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.