ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IV - ORANG-ORANG YANG BOLEH DIKENAKAN ZAKAT



Seksyen 23. Kuasa melantik agen.

(1) Setiausaha boleh, jika difikirkannya patut, melalui notis bertulis melantik mana-mana orang menjadi agen kepada mana-mana orang lain bagi segala atau mana-mana maksud Enakmen ini, dan, jika mana-mana orang dilantik sedemikian bagi segala maksud itu, dia bolehlah ditaksirkan dan dikenakan zakat bagi pihak orang yang lain itu.

(2) Perlantikan yang dibuat di bawah sub-seksyen (1) boleh dibatalkan oleh Setiausaha pada bila-bila masa.

(3) Jika seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) menjadi agen kepada seseorang yang lain berasa terkilan dengan perlantikan itu, maka dia boleh dalam masa tiga puluh hari selepas notis perlantikan itu disampaikan kepadanya merayu di bawah seksyen 45 seolah-olah notis perlantikan yang disampaikan kepadanya itu adalah notis taksiran dan peruntukan-peruntukan dalam Enakmen ini berhubungan dengan rayuan hendaklah terpakai dengan sewajarnya dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.