ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Watak bila relevan



Seksyen 42. Watak dahulunya tidak baik tidaklah relevan kecuali bagi menjawab.

Dalam prosiding jenayah fakta bahawa orang yang dituduh itu mempunyai watak yang tidak baik tidaklah relevan, melainkan jika keterangan telah diberi bahawa ia mempunyai watak yang baik, dan hal yang demikian fakta itu adalah relevan.

Huraian 1- Seksyen ini tidaklah dipakai bagi kes di mana watak tidak baik seseorang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2 - Sesuatu sabitan yang dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang tidak baik.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.