ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN VII - ORANG MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 73. Pendaftaran pemelukan ke Agama Islam.

(1) Seorang yang memeluk Agama Islam boleh memohon kepada Pendaftar Muallaf, dalam borang yang telah ditetapkan, untuk pendaftaran pemelukannya ke Agama Islam.

(2) Jika Pendaftar Muallaf berpuas hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 67 dan seksyen 68 telah dipenuhi oleh orang itu, Pendaftar Muallaf boleh mendaftar pemelukan ke Agama Islam orang itu dalam Daftar Muallaf.

(3) Jika Pendaftar Muallaf berpuas hati muallaf itu ada anak yang belum mencapai umur baligh mengikut Hukum Syara', Pendaftar Muallaf hendaklah mendaftarkan juga pemelukan ke Agama Islam setiap kanak-kanak itu dalam Daftar Muallaf.

(4) Pendaftar Muallaf hendaklah juga menentukan tarikh seseorang itu memeluk Agama Islam dan mencatatkan tarikh itu di dalam Daftar Muallaf.

(5) Bagi maksud memuaskan hatinya akan hal dan tarikh pemelukan ke Agama Islam, tentang adanya anak kandung pemohon, dan umur anak itu dan butiran-butiran lain, Pendaftar Muallaf boleh membuat siasatan dan boleh mendapatkan keterangan sebagaimana yang dia fikirkan mustahak, tetapi subseksyen ini tidak boleh dianggap sebagai menghalang Pendaftar Muallaf daripada hanya menerima semata-mata perkataan pemohon setakat yang mengenai hal kemasukannya dan tarikhnya.

(6) Jika Pendaftar Muallaf tidak berpuas hati bahawa kehendak seksyen 68 telah dipenuhi bagi diri pemohon bagi maksud masuk Islam, dia boleh membenarkan pemohon mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya atau di hadapan mana-mana pegawainya mengikut kehendak seksyen tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.