ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
KENYATAAN OLEH ORANG YANG TIDAK BOLEH DIPANGGIL SEBAGAI SAKSI
Seksyen 20. Hal-hal dalam mana kenyataan yang berkaitan oleh orang yang telah mati atau yang tidak dijumpai dan sebagainya adalah qarinah.
(1) Kenyataan bertulis atau lisan, mengenai nyataan yang berkaitan yang dibuat oleh seorang yang telah mati atau yang telah tidak dapat dijumpai atau yang telah menjadi tidak berdaya memberi keterangan atau yang kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak berpatutan, memandang kepada keadaan hal itu adalah sendirinya qarinah dalam hal-hal berikut-
(a)
apabila kenyataan itu dibuat oleh seseorang tentang sebab kematiannya atau tentang apa-apa jua hal kejadian yang telah menyebabkan kematiannya, jika sebab kematian orang itu dipersoalkan. Sesuatu kenyataan tersebut adalah berkaitan sama ada orang yang membuatnya pada waktu kenyataan itu dibuat telah menjangkakan atau tidak menjangkakan ia akan mati, dan walau apa jua jenis pembicaraan dalam mana sebab kematiannya adalah dipersolakan;
(b)
apabila kenyataan itu telah dibuat oleh orang itu dalam perjalanan biasa urusan, dan khususnya apabila kenyataan itu mengandungi sesuatu catatan atau peringatan yang telah dibuat olehnya dalam buku yang diselenggarakan dalam perjalanan biasa urusan atau pada menjalankan kewajipan profesional; atau mengandungi akuan terima yang ditulis atau ditandatangani olehnya mengenai penerimaan wang, barang cagaran atau harta dari apa-apa jenis atau mengandungi sesuatu suratan yang digunakan di dalam perniagaan, yang ditulis atau ditandatangani olehnya, atau mengandungi tarikh bagi sesuatu surat atau lain-lain suratan yang biasanya diberikan tarikh, ditulis atau ditandatangani olehnya;
(c)
apabila kenyataan itu menentang kepentingan kewangan atau kepentingan hak kepunyaan orang yang membuatnya, atau apabila jika benar kenyataan itu akan mendedahkan atau tentu telah mendedahkan orang itu kepada sesuatu pendakwaan jenayah atau kepada sesuatu guaman kerana gantirugi;
(d)
apabila kenyataan itu memberi pendapat seseorang yang tertentu itu tentang wujudnya sesuatu hak awam atau
Urf
atau sesuatu perkara yang mempunyai kepentingan am dan tentang wujdnya itu, di mana jika ia wujud orang itu mungkin telah sedar, dan apabila kenyataan itu dibuat sebelum timbul apa-apa perbalahan tentang hak,
Urf
atau perkara itu;
(e)
apabila kenyataan itu berhubung dengan wujud sesuatu pertalian darah, pertalian perkahwinan atau pertalian anak susuan antara orang-orang di mana orang-orang yang membuat kenyataan itu ada jalan yang istimewa bagi mengetahui pertalian tersebut apabila kenyataan itu dibuat sebelum soal yang menjadi pertikaian itu berbangkit;
(f)
apabila kenyataan itu berhubung dengan wujudnya pertalian darah, pertalian perkahwinan atau pertalian susuan antara orang yang mati dan kenyataan itu dibuat dalam apa-apa wasiat atau dokumen berhubung dengan hal ehwal keluarga mana-mana orang yang telah mati itu, atau dalam sesuatu salsilah keluarga atau di atas sesuatu batu nisan, potret keluarga atau lain-lain benda di mana kenyataan itu biasanya dibuat, dan apabila kenyataan itu dibuat sebelum soal yang menjadi pertikaian itu berbangkit;
(g)
apabila kenyataan itu terkandung dalam sesuatu dokumen atau lain-lain suratan yang berhubung dengan apa-apa urusan seperti tersebut dalam seksyen
13
(a);
atau
(h)
apabila kenyataan itu telah dlibuat oleh beberapa orang dan menyatakan perasaan atau sangkaan mereka berkaitan dengan perkara yang berkenaan itu.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah tentang tarikh A dilahirkan:
Suatu catatan dalam buku harian seorang doktor yang telah mati, iaitu buku harian yang lazim diselenggarakan dalam perjalanan urusan, menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu ia telah merawat ibu A melahirkan seorang anak lelaki adalah qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada A berada di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu:
Suatu kenyataan dalarn buku harian seorang peguam yang telah mati, iaitu buku harian yang lazim diselenggarakan dalam perjalanan urusan, menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu peguam itu telah ada bersama A pada suatu tempat yang disebutkan di Kuala Lumpur bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan yang tertentu adalah qarinah.
(c)
Soalnya ialah sama ada A dan B telah bekahwin dengan sah di sisi undang-undang:
Kenyataan seorang Kadi yang telah meninggal dunia bahawa ia telah mengahwinkan mereka dalam hal keadaan yang boleh menjadikan upacara itu tidak sah adalah qarinah.
(d)
Soalnya ialah sama ada A seorang yang tidak dapat dijumpai telah menulis suatu surat pada hari tertentu:
Nyataan bahawa suatu surat yang ditulis olehnya bertarikh pada hari itu adalah qarinah.
(e)
Soalnya ialah sama ada A, yang telah mati adalah bapa B:
Suatu kenyataan oleh A bahawa B adalah anaknya adalah qarinah.
(f)
Soalnya ialah bilakah A dilahirkan:
Suatu surat daripada bapa A kepada seorang sahabatnya memberitahu kelahiran A pada suatu hari tertentu, adalah qarinah.
(g)
Soalnya ialah sarna ada dan bilakah A dan B berkahwin:
Suatu catatan dalam sebuah buku perniagaan oleh C, iaitu bapa B yang telah mati, berkenaan dengan perkahwinan anaknya dengan A pada suatu tarikh tertentu adalah qarinah.
(2) Keterangan mengenai kenyataan itu tidak boleh diterima di dalam kes hudud dan qisas.
(3)
Keterangan mengenai kenyataan itu hendaklah diberi oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan.
(4)
Keterangan mengenai kenyataan itu tidak boleh diterima di dalam kes-kes berikut:
(a)
apabila orang yang membuat kenyataan itu melarang kenyataan itu diberi sebagai keterangan;
(b)
apabila orang yang membuat kenyataan itu hllang kelayakannya untuk memberi keterangan; atau
(c)
apabila orang yang memuat kenyataan itu enggan memberi keterangan dengan alasan dia tidak ada keterangan hendak diberikan berkaitan dengan hal yang dipertikaikan atau dia tidak membuat kenyataan itu atau dia telah membuat kesilapan berhubung dengan kenyataannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.