ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 3. Kekecualian hak-hak prerogatif.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh melemahkan atau menyentuh hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa istimewa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Negeri, sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkara 24 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.