ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 47. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika
--
(a)
dia seorang warganegara; dan
(b)
dia
--
(i) selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadhi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
(ii) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya telah menjadi Peguam Syarie sesuatu Negeri atau pada bila-bila masa sebelum itu di mana-mana Negeri.
(3) Orang yang sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-oalah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.