ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 58. Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi isteri, dan akibat nusyuz.

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain-


(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.