ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas.



Seksyen 26. Perkaitan nyataan tentang mana-mana Undang-undang yang terkandung di dalam buku undang-undang.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu undang-undang bagi sesebuah negara apa-apa kenyataan mengenai undang-undang itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang dicetak atau diterbitkan dengan kuasa kerajaan negara itu, dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang itu, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan Mahkamah negara itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa laporan mengenai keputusan itu, adalah berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.