ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG WAKAF
Seksyen 29. Akaun dan laporan Kumpulan Wang Wakaf.
(1) Panel Penasihat hendaklah—
(a)
menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Wakaf;
(b)
menyebabkan disediakan suatu penyata akaun Kumpulan Wang Wakaf bagi setiap tahun kewangan;
(c)
menyebabkan penyata akaun Kumpulan Wang Wakaf diaudit di akhir setiap tahun kewangan oleh juruaudit yang dilantik oleh Majlis; dan
(d)
sebaik sahaja diterima penyata akaun Kumpulan Wang Wakaf yang telah diaudit di bawah perenggan
(c),
mengemukakan penyata akaun itu kepada Majlis untuk kelulusan Majlis.
(2) Majlis boleh mengarahkan Panel Penasihat supaya mengemukakan laporan aktiviti Panel Penasihat dan laporan kewangan Kumpulan Wang Wakaf dari semasa ke semasa.
(3) Tahun kewangan bagi Kumpulan Wang Wakaf hendaklah berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.