ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 49. Keterangan primer.

Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan Mahkamah.

Huraian 1 - Jika sesuatu dokumen disempurnakan dengan beberapa bahagian, maka tiap-tiap satu bahagian itu adalah keterangan primer bagi dokumen itu.

Jika sesuatu dokumen disempurnakan dengan kaunterpart dan tiap-tiap satu kaunterpart itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, maka tiap-tiap satu kaunterpart itu adalah keterangan primer terhadap pihak-pihak yang menyempurnakannya itu.

Huraian 2 - Jika beberapa dokumen adalah semuanya dibuat dengan satu proses yang seragam, seperti dalam hal cetakan, litografi atau fotografi tiap-tiap satunya adalah keterangan primer bagi kandungan yang lainnya itu; tetapi jika dokumen-dokumen itu adalah semuanya salinan daripada dokumen asal yang sama maka dokumen-dokumen itu bukanlah keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.

MISALAN

Seseorang adalah dibuktikan sebagai telah ada di dalam miliknya beberapa plakad, kesemuanya dicetak pada satu masa daripada satu dokumen asal. Mana-mana daripada plakad itu adalah keterangan primer bagi kandungan mana-mana plakad yang lain itu, tetapi tiada satu pun daripadanya menjadi keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.