ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 53. Prosedur.

(1) Apa-apa maklumat seperti yang disebut terdahulu yang berhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan tak boleh tangkap hendaklah dirujuk oleh pegawai itu kepada seorang Hakim Syarie.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Penguatkuasa Agama boleh, dalam sesuatu hal selain daripada yang disebut dalam seksyen 17, menjalankan apa-apa kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan yang diberi oleh Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.

(3) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima perintah sedemikian boleh menjalankan kuasa-kuasa berkenaan dengan penyiasatan yang diberi di bawah Bab ini kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.