ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 224. Pampasan jika tuduhan tak berasas

Bilamana mana-mana orang menyebabkan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis menangkap seseorang lain, maka jika didapati oleh Hakim yang mengambil perhatian tentang kes itu bahawa tidak ada alasan yang mencukupi bagi menyebabkan penangkapan itu, Hakim boleh mengaward apa-apa pampasan, yang tidak melebihi seratus ringgit, yang hendaklah dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada setiap orang yang ditangkap sedemikian kerana kerugian masa dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung olehnya dalam perkara itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Hakim itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.