ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 92. Bila seorang yang dipertuduh dengan satu kesalahan boleh disabitkan dengan kesalahan lain.

Jika dalam perkara seperti yang disebutkan dalam seksyen 91, orang yang dituduh telah dipertuduhkan atas satu kesalahan dan daripada keterangan yang diterima menunjukkan dia telah melakukan kesalahan lain daripada yang dia dituduh itu, bolehlah dia disabitkan atas kesalahan yang mana telah dibuktikan telah dilakukannya, sungguh pun dia tidak dituduh atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.