ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 156. Kuasa Kadi Besar atas penyemakan.

(1) Kadi Besar bolehlah, di dalam mana-mana kes di mana rekod pembicaraannya telah diminta olehnya atau dengan jalan lain telah datang kepada pengetahuannya, menurut budibicaranya menjalankan apa-apa jua kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan oleh seksyen-seksyen 143, 147, 148 dan 149 Enakmen ini.

(2) Sesuatu perintah yang membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh tidaklah boleh dibuat melainkan dia diberi hak untuk didengar, sama ada olehnya sendiri atau oleh peguam, dalam membela dirinya.

(3) Tiada apa-apa di dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai memberi kuasa kepada Kadi Besar untuk mengubah satu keputusan mengenai pembebasan kepada satu sabitan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.