ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 34. Alamat penyampaian.

Tiap-tiap plaintif atau pemohon, dan tiap-tiap orang yang memfailkan mana-mana dokumen di dalam mana-mana prosiding (selain daripada mana-mana pegawai Mahkamah) dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberi alamat penyampaian dalam Malaysia:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana plaintif, pemohon atau orang itu diwakili oleh Peguam Syarie, alamat Peguam Syarie hendaklah menjadi alamat penyampaian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.