ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN II
PENGUASA DALAM PERKARA IGAMA



Seksyen 13. Kuasa Majlis.

(1) Dengan kuasa yang dikurnia oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi sifatnya menjadi Ketua Igama Negeri ini, maka Majlis bagi pihaknya hendaklah menolong dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan di atas segala perkara yang berkaitan dengan Igama dalam Negeri ini dan hendaklah di dalam perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi sekali dalam Negeri ini melainkan jika berlawanan dengan perkara-perkara yang tersebut di dalam Enakmen ini.

(2) Majlis hendaklah mengambil ketahui dan mengikut semua undang-undang yang berjalan kuatkuasanya di dalam Negeri ini dan perkara-perkara Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.