ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
WARAN GELEDAH



Seksyen 43. Bila waran geledah dikeluarkan.

(1) Apabila-
Mahkamah bolehlah mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan bolehlah menggeledah dan memeriksa mengikut yang diperintahkan dan dengan mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Enakmen ini.

(2) Waran geledah lazimnya hendaklah diarahkan kepada Penyelia Agama dan kepada lain-lain pegawai yang disebutkan nama di dalamnya, dan semua atau mana-mana pegawai itu bolehlah melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah bolehlah mengarahkan kepada Ketua Polis Negeri dan kepada lain-lain pegawai yang disebutkan nama di dalamnya atau mana-mana orang atau orang lain yang bukan Penyelia Agama atau Pegawai Polis, dan semua atau mana-mana Pegawai Polis atau orang itu bolehlah melaksanakan waran itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.