ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN.



Seksyen 117. Orang-orang lain boleh diberi kuasa mengambil nota keterangan.

Tiada apa-apa dalam Bab ini boleh menghalang seorang Hakim semasa dalam perbicaraan untuk menyebabkan nota diambil secara verbatim oleh seorang lain mengenai keterangan setiap saksi sebagai tambahan kepada apa-apa nota mengenai isi keterangan itu yang mungkin dibuat atau diambil oleh Hakim sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.