ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN X - PELBAGAI



Seksyen 74. Peruntukan-peruntukan mengenai keterangan.

(1) Dalam sesuatu guaman di bawah seksyen 51, pengemukaan sesuatu perakuan yang ditandatangani oleh Setiausaha dengan memberi nama dan alamat defendan dan amaun zakat yang terhutang olehnya hendaklah menjadi keterangan yang cukup tentang amaun yang terhutang sedemikian dan menjadi kuasa yang cukup bagi Mahkamah membuat penghakiman untuk amaun sebanyak itu.

(2) Dalam prosiding jenayah atau sivil di bawah Enakmen ini, apa-apa kenyataan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Setiausaha atau pegawai berkuasa yang menjadi sebahagian daripada atau dilampirkan kepada maklumat, pengaduan atau penyata tuntutan, hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan tentang apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi-
(3) Transkrip mengenai apa-apa butir yang terkandung dalam suatu penyata atau lain-lain dokumen berhubung dengan zakat, jika diperakui di bawah tandatangan Setiausaha atau pegawai berkuasa sebagai salinan benar tentang butir-butir itu, bolehlah diterima sebagai keterangan sebagai bukti tentang butir-butir itu.

(4) Tiada kenyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam mana-mana prosiding terhadap dirinya bagi kesalahan di bawah seksyen 58, 59 atau 60, atau untuk mendapatkan kembali apa-apa jumlah wang yang terhutang sebagai zakat atau penalti, semata-mata oleh sebab hakikatnya bahawa dia telah didorongi atau mungkin telah didorongi untuk membuat kenyataan atau mengemukakan dokumen itu oleh apa-apa dorongan yang sah atau prosiding daripada Setiausaha atau orang berkuasa.

(5) (a) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (b) subseksyen ini, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh -




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.