ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 111. Memberi atau menyerah anak.

(1) Seseorang yang didapati memberi atau menyerahkan anaknya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Apabila tersabit kesalahan maka pemberian atau penyerahan yang sedemikian itu adalah tidak sah dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya anak itu diserahkan kepada jagaan mana-mana orang atau pihak yang ditentukan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.