ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 53. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan berlakunya sesuatu kesalahan jika diberi dengan lisan seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama, hendaklah ditulis olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada pengadu itu.

(2) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah dituliskan ke dalam Borang 5 dalam Jadual yang akan disimpan oleh pegawai tersebut, yang hendaklah mencatatkan dalam Borang itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberi, dan sama ada diberi dengan bertulis atau dituliskan seperti tersebut di atas.

(3) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.