ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 139. Kebenaran khas untuk merayu di dalam kes-kes yang tertentu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan ia tidak menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Kanun ini, memberi kebenaran khas untuk merayu dengan syarat yang ditetapkan dan dengan memberi arahan kepada Mahkamah Rendah Syariah dan kepada pihak yang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkenaan memandang perlu, supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.