ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 93. Penyerahan berkaitan dengan Negeri-Negeri lain.

(1) Jika Qadi Besar, Timbalan Qadi Besar, Qadi, atau Naib Qadi, di bawah peruntukan mana-mana Enakmen yang berkuatkuasa di mana-mana Negeri, telah mengeluarkan saman atau apa-apa suratan menghendaki mana-mana orang supaya hadir di hadapan mana-mana Mahkamah Syar'iah di dalam Negeri itu, dan orang itu dipercayai berada di Terengganu maka jika Qadi Besar, Timbalan Qadi Besar, Qadi, atau Naib Qadi, di Negeri tersebut memerlukan bantuan untuk diserahkan saman atau suratan itu ke atas orang itu di Terengganu, Qadi Besar, Timbalan Qadi Besar, atau mana-mana Qadi di Terengganu bolehlah mencatatera dan menandatangani saman atau suratan itu, dan saman atau suratan itu bolehlah diserahkan kepada orang itu seolah-olahnya saman atau suratan itu dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini.

(2) Jika, di bawah mana-mana Enakmen yang berkuatkuasa di mana-mana Negeri, mana-mana saman atau suratan yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini telah dicatatera oleh Qadi Besar, Timbalan Qadi Besar, Qadi, atau Naib Qadi di Negeri itu dan diserahkan di Negeri itu kepada orang yang berkenaan, maka saman atau suratan itu hendaklah, bagi maksud-maksud Enakmen ini, disifatkan sebagai telah diserah dengan sahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.