ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 7. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.
(1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Sembilan hendaklah mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syara' oleh
-
(a)
wali di hadapan Pendaftar;
(b)
wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau
(c)
Pendaftar sebagai wakil wali.
(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seseorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syara', perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.