ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991


JADUAL KETIGA

(Seksyen 215)

ELAUN SAKSI

Kategori saksi
Jumlah maksimum sehari

1. Orang professional, kakitangan Kerajaan, Pengarah dan Pengurus Badan Berkanun dan orang yang mendapat gaji atau pendapatan melebihi $1,000 sebulan.
$50.00

2. Orang yang mendapat gaji atau pendapatan melebihi $250, tetapi tidak melebihi $1,000 sebulan.
$25.00

3. Lain-lain
$15.00

Nota:

(a) Sekiranya seorang saksi perlu menginap di tempat selain dari tempat kediamannya beliau boleh menuntut elaun penginapan dan saraan mengikut budibicara Mahkamah.

(b) Dalam menentukan jumlah yang patut dibayar kepada seseorang saksi di dalam ruangan di atas, Mahkamah hendaklah menentukan berapa lama seseorang saksi itu sebenarnya perlu berada di luar tempat pekerjaan biasanya.

(c) Sesuatu perjalanan di antara dua tempat hendaklah dilakukan dengan mengambil jalan yang pendek atau yang murah. Jika sesuatu tempat itu ada perkhidmatan keretapi, maka perkhidmatan itu hendaklah digunakan. Peruntukan ini hendaklah juga dipakai bagi seorang saksi kakitangan Kerajaan.

(d) Seorang saksi professional dibayar Iebih dari apa yang ditentukan di atas dengan syarat beliau mendapat satu perakuan dari Mahkamah bahawa keterangannya adalah luarbiasa.

(e) Mahkamah boleh juga menentukan elaun mana-mana saksi yang tidak termasuk dalam golongan yang tersebut di atas mengikut budibicaranya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.