ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978
BAHAGIAN IV
PERLANTIKAN DAN PENUBUHAN MAHKAMAH
Seksyen 60. Mahkamah Rayuan.
(1) Rayuan daripada Mahkamah Kadi hendaklah dibawa kepada Mahkamah Rayuan:
(
a
)
dalam bidangkuasa jenayahnya, dibuat oleh seorang yang telah disabitkan dan dihukum penjara atau denda yang tidak kurang daripada dua puluh lima ringgit; rayuan ini boleh dibuat terhadap sabitan atau hukuman atau kedua-duanya.
(
b
)
dalam bidangkuasa malnya-
(i) dibuat oleh seseorang yang tidak puashati dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Kadi jika nilai perkara yang dituntut itu tiada kurang daripada seratus ringgit;
(ii) dibuat oleh seseorang yang tidak puashati dengan keputusan yang berkaitan dengan segala perkara yang mengenai taraf dirinya;
(iii) dibuat oleh seseorang yang tidak puashati dengan keputusan di dalam segala perkara yang berkaitan dengan nafkah orang-orang tanggungannya;
Dengan syarat bahawa rayuan itu tidak dibuat jika keputusan itu ialah dengan persetujuan kedua belah pihak;
(
c
)
di dalam lain-lain perkara jika dibenarkan merayu oleh Mahkamah Rayuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.