ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN IX - PLIDING



Seksyen 64. Butiran.

(1) Jika mana-mana pliding tidak mengandungi butir-butir yang cukup, Mahkamah boleh dengan usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak memerintah pihak yang bertanggungjawab untuk memfail dan menyebab disampaikan butir-butir lanjut dan lebih baik, dan boleh menggantung semua prosiding sehingga perintah itu dipatuhi, dan boleh jika gagal mematuhi, memerintah supaya tindakan atau tuntutan balas dibuang atau supaya defendan atau defendan kepada tuntutan balas di halang daripada pembelaan tindakan atau tuntutan balas itu, yang mana berkenaan.

(2) Butir-butir lanjut dan lebih baik boleh difail dan disampaikan atas permintaan tanpa perintah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.